Ka-Ching

Sunday, 25 May 2014

Cubalah Mengerti(kenapa mesti diam)

Assalamualaikum......

Maaf sebab belum ada sambungan entry rindu nenda..

hari ni aku ingin meluah rasa hati yang paling dalam...Ntah..Cukup lama untuk aku fikir perlu atau tidak untuk aku ceritakan semuanya..Tapi Aku buat hanya untuk meluah dan sebagai pengajaran dan kenangan hidup aku selama ni.

Aku bersifat defendsive.Sangat.Itu yang orang selalu cakap.Kuat melawan.Tapi itulah.Orang tidak faham kenapa aku begitu.Orang tidak mahu tahu sebab aku meninggi suara andai aku di beri teguran.

Aku sudah penat diam sebenarnya.Diam buat aku di tampar semasa darjah satu.Diam buat aku di sebat pakai penyapu hanya pada usia 8 tahun,diam sehingga aku terpaksa habiskan nasi goreng sepinggan bukit hanya kerana aku lapar pulang dari sekolah dan meminta ihsan untuk di beri sesuap untuk makan tengahari.Air mata berlinang tiap kali teringat ini semua.Biar ku kisahkan satu persatu kenapa ditampar terajang semua.Sakit yang aku rasa tidak pernah di tanya oleh sesiapa melainkan hanya bila aku bersuara..Kenapa baru mahu beristighfar panjang bila silap itu mereka-mereka ini tidak pernah sedar?Mengapa salahkan aku keranaa lambat menerangkan satu persatu.Sedangkan mereka-mereka tidak pernah bertanya.

Satu.Semasa aku darjah 1.Aku tinggal dengan nenek.Nenek ,,aku tidak tahu sangat aktivitinya.Aku pulak masih kecil.Hanya tahu bermain dengan anak mengaji nenek.Anak mengaji nenek besar.Jauh lebih tua dari aku.Kami suka main masak-masak.Aku naif pada pemikiran aku.Sebab apa saja yang di arah oleh kakak-kakak mengaji aku ikut.Ambil telur di dapur.Pisau untuk main masak-masak.Aku turutkan.Aku tidak punya kawan.Kalau mereka pulang.Pada satu hari kami main dalam bilik makcik tuan rumah.(masa tu kami tinggal d bawah kolong rumah menyewa.makcik duduk tingkat atas).Aku dengar bunyi pelik semacam.Bila kami jenguk keluar mereka tengah tengok filem orang dewasa.Itu pertama kali dalam hidup aku melihat perkara itu.Aku trauma.Betul.Terkejut.Trauma itu buat aku masih ingat scene dari wayang di kaca televisyen itu.Dan kami tutup pintu.Dan tahu yang mereka sedar kami sudah dapat tahu tembelang mereka-mereka.(Yang menonton itu ialah tuan rumah dan orang yang aku kira **cukup rapat sama aku-di rahsiakan)Nenek pulak tiada di rumah serasa aku.Beberapa hari lepas itu,Aku mula main di kolong sahaja kerana tidak mahu lagi terlibat dengan aktiviti bodoh itu.(kakak mengaji juga larang).Kami main masak2.Dan aku tidak tahu macam mana mereka boleh ambil puntung rokok dan hisap puntung tersebut.Mereka suruh aku.Kata mereka hujung gabus rokok itu sedap.Ya..Agak manis.Tanpa sedar orang yang **rapat sama aku itu melihat.Dia rentap tangan aku.Suruh kakak2 pulang.Aku di tarik ke dapur tuan rumah.Nenek ada di situ.Aku di tuduh sudah pandai merokok.PAP!!Satu tamparan di pipiku.Tanpa ihsan.Tanpa di tanya sebabnya.Sakitnya aku.Mahu mngadu dengan siapa.mak bapak jauh di tawau.Aku nangis sembunyi bawah katil.Aku tahu si sial(rahsia) itu takut aku cakap pada nenek apa yang dia buat.Selama ni,bila nenek marah aku,dia yang bela aku.Nenek rotan,dia yang akan sambut pukulan itu lindiungi aku di belakangnya.Tapi tidak hari itu.Dia membiarkan aku nangis sendiri.

Oh ada kejadian.Ini masa aku tadika.Aku suka kesekolah bersama kawan-kawan.Kami sama2 rancang hendak naik ke bukit untuk mengambil kawan kami yang tinggal di situ.Masa kami keluar dari rumah kawan aku(fitri),seorang kawan lagi (zainab) telah jatuh dari tangga rumah.Patah tangan.Habis pulang sekolah,aku yang di tuduh jadi ketua kumpulan membawa mereka naik kesana sampai zainab cedera.Waht the...Tidak sedar kah aku paling kecil di situ?Aku juga seorang yang hanya mengikut.Akhirnya setelah nenek bagi aku makan kenyang2.Aku di rotan tanpa di tanya.dan apa yang mampu aku buat?Diam.nangis.sembunyi.Itu saja.

Pernah.Aku pulang dari sekolah.Abang sulung aku juga baru pulang.Aku lapar.Dia lapar.Nenek tiada.Aku mintak sedikit ihsan dari abang aku untuk bagi aku nasi goreng yang dia sedang goreng.Ntah di mana silap aku.Dia melenting.Di hulurnya semua nasi goreng itu(padahal cukup untuk kami berdua).lalu di paksa aku menghabiskan SEMUA.aku terkejut.mana mungkin boleh.Aku baru darjah dua.Dengan tangis aku paksakan juga habiskan.Sampai akhirnya aku muntah.Aku habiskan sebab takut dengan abang sulung aku.Aku pernah di hambat penyapu lidi sebab tidak habiskan nasi(masa tu cuti sekolah,aku di bawa pulang ke rumah mak).Aku tidak selera.Aku demam.Jadi aku tidak lalu makan.Yang hairan,abang aku bengang.Hambat aku penyapu lidi.Aku mampu nangis sahaja.Yang bela aku cuma arwah nenek belah bapak aku.Air mata nenek juga megalir lihat aku di buat begitu.Apalah daya aku.Dan aku tidak salahkan dia.Dia jugak masih muda.

Dua.Kisah paling sial dalam hidup aku.Orang yang masih aku rahsiakan di kisah satu tadi.Masa tu aku darjah 4.Nenek sekali lagi tiada di rumah.Hanya ada aku dan orang tu.(rahsia-ku panggilkan saja si tua).Aku tengah baring di dalam bilik.Bilik kedua(jelas kisah ini di mata aku).Semasa aku baring dia masuk kebilik.Tengok aku sendiri di situ.(Mak sudah tinggal di rumah nenek.Masa ini mak menjual di UMS).Masih awal tahun.Mula2 si tua itu hanya bertanya.Ntah apa di tanyakan.Lucu barangkali.Aku terkekek-kekek ketawa.Dia ketawa tangkap tangan aku.Buka kaki aku.Dan lurutkan kain pelikatnya.Nampak benda bodoh tu.DAMN!Aku tahu pasti sesuatu yang buruk akan terjadi.Aku melawan.Tendang sekuat hati.Aku lepas dan lari.Takut bukan kepalang.Satu badan aku gigil.Sampai sekarang semangat aku lemah.Mudah saja kalau terkejut atau takut,badan akan menggigil.Dan tangan aku smpai sekarang menggigil.Kesan takut aku ini.Sungguh..Aku tidak sedar aku lari ke mana selepas itu.Sial.Aku sedih sebab aku di tinggal seorang dengan dia.Abang2 dan adik ke sekolah).Bayangkan aku baru tengah berehat lepas pulang dari sekolah.Sampai hati si tua itu,itulah kalau sudah biasa melihat yang bukan2.Keluarga sendiri yang tidak mampu mahu di makannya.Aku tidak lagi membuka mulut.masih ku kunci rapat.DIAM.jangan bersuara.

Tiga.Tidak sampai beberapa hari selepas kejadian di atas.Aku di terajang pula.Si tua tengah melayan.Cerita hindustan.Depan tv.kali ini keluarga ada di rumah.Hujung minggu.panggung sabtu mungkin.Aku main dengan adik.Main dalam bilik.Kemudian bekejar di ruang tamu.Mungkin bising.Atau memang si tua takut aku ceritakan apa yang di buatnya beberapa hari yang lalu.Aku rasa seperti di bagi warning utnuk terus diam.Si tua berdiri.Ke arah ku.Dia marah.Muka bagai di sampuk.Dia kata aku bising.Adik aku yang sma2 bising tidak pula di tempiknya.Di pijak aku.Di tampar aku.Di terajang aku.Aku cuma tahu aku dalam pelukan sesorang untuk meminta perlindungan.Mungkin mak.Mungkin nenek.Nenek barangkali.Sakit bukan kepalang.Badan aku di pijak-pijak.Sampai dia berhenti dan pergi.Tiada yang tanya.Mungkin terkejut semua.Aku nangis lagi.DIAM.Jangan bersuara.nanti aku juga yang kena.

Allah...Tuhan saja yang tahu pahit aku.Memang aku masih kecil tapi aku sudah pernah hadapi semua ni.Ada orang kata di facebook.Aku menyusahkan hidup mereka.Bagus saja aku mati masa cuba bunuh diri.(cuma kelar tangan guna jarum).Dia itu yang berkata.Tidak tahu kisah hidup aku.Pahitnya hidup aku.Aku masih punya ilmu agama(walaupun senipis kulit bawang cuma).Aku tahu bunuh diri kita mati kafir.Tidak perlulah rasanya mendoakan orang untuk mati di muka buku.Andai selama ini aku tanggapan mu aku menyusahkan.Porak-perandakan.Bilang sama aku.Biar aku undur diri.

Jujur aku katakan.Andai aku ada khilaf.Aku tidak kisah.Pukul lah aku.Aku akan diam.Tapi andai bukan khilaf aku,sudah cukup aku berdiam.Aku terpaksa suarakan.Sejak merasa sakit di terajang.Bila saja aku rasa tertindas aku akan defend.Biarlah andai lepas itu aku di hukum.Sekurang-kurangnya sudahku terangkan(walaupun tidak  di ambil pusing).

Sedikit lega.Pasal si tua.Sudah kukabarkan kapada mak.Itu pun selepas 5 tahun berlalu.Bila mak tanya apa masalah aku sering melawan.Memberontak.Ntah.Penat diam agaknya.Si tua pun masa itu sudah pergi jauh ke kampung isterinya.Baru ku kisahkan.Kerana aku tahu selepas ku ceritakan,dia tidak ada untuk menerajang aku lagi.Aku cuma mohon andai aku meninggi suara.Bukan sebab aku saja-saja.Suara aku terlalu kecil untuk menerangkan sesuatu.Aku cuma mau orang mendengar.Jujur kalau salah,aku rela di pukul.Cuma tanyakan saja aku.Kenapa aku lakukan begitu.Dengar dulu penjelasan aku.Tapi itulah yang paling susah mungkin.

Dear readers..Aku bukan meminta simpati.ini diari aku.Diari pahit manis aku.Tidak perlu simpati sebab aku masih boleh hadapi semua ini.kalau boleh,aku tidak mahu anak-anak aku lalui apa yang aku lalui.Sesusah2 hidup pun biar aku besarkan mereka.Biar mereka membesar depan mata aku.Andai dewasa nanti mereka baca kisah ini,jadi pengajaran buat mereka.Itu sebab aku coret di sini.


...xoxo...

1 comment:

  1. gudj0b babe..i understand it really..memang payah..aq pn ada jgk kisah pahit msa kecik..kna pukul even bkn slah kita..kena beza2kan 0leh mak bpak dgn adek beradek sndiri..tu dah biasa bg aq..sabarr..ada hikmah..kita yg paling keras hati akan jd 0rg paling lembut hatinya nnt..xsemua 0rg yg merasakn diri mereka tu lembut hati akan terus lembut selamanya..kdg itu cuma kemunafikan semata2..dan kita xperlukn mereka tuk mnghakimi kita..diam,,kdg itu yg buatkn kita kuat,,wlupn disangka keras hati bak btu kerikil..pedulikanlah...janji Allah kn0ws;)

    ReplyDelete