Ka-Ching

Friday, 21 November 2014

hasil usaha..=)


Assalamualaikum...

Again..Lama x update blog..So sekarang dah cuti skolah..Rasa mau update pulak..hihi...

Skrng aku nak share sikit hasil usaha aku senaman selama ni..Yala..Dah share beberapa tips ringkas sebelum ni,rasanya kena la tunjuk hasil sedikit kan...Kiraa belanja bukti  seposen dua la ken..hehe..So yea...

Seriously,aku pernah jadi yang terlebar dalam adik beradik aku..Dah la paling rendang..Tambah lagi dengan chubby dagu berlapis..Perghhh..Sedih wey.....Lepas workout selama setahun...hihi...Syukur...Baju dah pakai saiz XS..
dah ada shape..Kalau dulu rata jer pinggang tu..happy...


Cuma satu jer la problemo aku..Pipi tu..sembunyi nasik ke apa..huhuhu..Tips Senaman pipi please...



I'm a proud mother of two daughters..yang baby boy aku dukung tu anak abg sulong aku..hihi..Ainul Mardhiyyah busy time ni...Tersama pulak warna baju anak buah aku time ni...So,pinjam gambar jap..hihi


Oh..Oh..Lupa..Korang ada baca link pasal suami curang konon sebab isteri TAk pandai melawa tuh..Tak jaga badan..Jahat kan..Ini link dia..(kisah kesian)

So untuk kebaikan kita..Jom Sayangi diri anda...Jaga kecantikan...Untuk Kebaikan diri jugak..Untuk kesihatan...Untuk keyakinan..Selamat bersenam dan amalkan pemakanan yang sihat..


XOXO

Wednesday, 24 September 2014

Tiada gym??Di rumah Pun Boleh...



Assalamualaikum....

hai readers...baru hari ni tergerak hati nak update blog lagi...hihi..Boleh la kan..Daripada langsung tutup Blog terus..huhuhu

So..yea..Entry hari ni aq nak share tips loose weight aq lagi..hihi..Aq tengok mmg bnyk yg terjah blog aq search pasal turun berat badan selepas bersalin..memang susah kan..Tapi atleast kita ada efffort untuk dapat balik bentuk badan kita..Betul tak?? Bukan apa..Gemuk kalau semulajadi boleh kata ok daripada lepas bersalin..Trust me..Menggeleber sana sini..Lembik..Betulkan??huhuh...Sian Encik laki..Mereka nak jugak kita jaga badan untuk diaorang..Betulkan??hihi

Sebelum ni aq share tips untuk abs kan..Actually untuk hilangkan muffin top pun kita boleh try senaman2 tu..Klik Ini untuk post tentang abs for beginner tu..

Tapi kali ni aq nak sharekan mcm mana nak dapat kaki dan pinggul yang menarik...Tak perlu pakai Corset pun boleh menarik..Yang penting usaha dan rajin...

Sebelum mula bersenam..Kenalah buat stretching sikit supaya otot2 kurang terkejut hendaknya..Karang tak pasal2 korang jalan kengkang2 macam budak darjah 6 habis sunat..huhuhu

Lagi apa nak buat..?

Ok..

1st of all, kita buat squat..Squat tu apa?

Lebih kurang macam ketuk ketampi la..Buat basic squat dahulu..Try buat dalam 20kali..Ini untuk beginner ya..sebabnya memang kalau buat bnyk2 tak pasal2 otot2 kita kejang..Aq tak nak bertanggungjawab kalau korang tak dapat diri lepas tu..hihihik...
kalau ok..Boleh la try buat hari-hari dalam seminggu..jangan ponteng..Minggu kedua kalau dah rasa badan boleh terima,tambahkan kuantiti squat kepada 50x...Dan teruskan selama sebulan..Bulan kedua boleh try 100 kali..Hasilnya????Korang boleh nampak peha korang akan mengecik dan lebih terbentuk..Punggung pulak akan naik..Sebab usually lepas preggy punggung kan jatuh..So yup!!Ini aq memang suggest untuk korang..!Cukup setahun mana tahu boleh dapat punggung Jen Selter..Ahaks...Dan yang menarik jugak,squat pun boleh buat belakang kita jadi terbentuk..And masa buat squat ni mesti berpeluh kan..Boleh kurus la jawabnya....Cuba tau..!Oh..Oh..Hampir lupa..Squat cara yang betul,lutut korang kena selari dengan jari kaki..Jangan terlebih..Sia2 squat kalau salah teknik..






bulan meempat oleh cuba cabar diri join squat challenge di atas..Boleh ka idok..hiewhiew...


2ndly..Lepas squat,buat pulak donkey kick..Apa itu donkey kick??


Ii dia donkey kick..Yeah...


Donkey kick ni untuk beginner,boleh buat 15 kali kiri dan kanan...Hasilnya??Juga untuk pinggul yang menarik..Up kan punggung dan kemaskan lower back kita..Muudah jerr kan..Sebelum tido pun boleh buat...hihi..kalau encik laki tetiba tengok,jelingkan saje..hahaha...lantak..Kata nak bini lawa kannn..Kannn..haha

3rdly...Lunges..

Yang ni mudah bila di nampak...Tapi bila cubaaa..hihihi..Masa sebelah boleh terima lagi..Nak balas buat sebelah lagi,korang akan rasa impact nya..Like seriously memang rasa otot2 bertindak balas..hihi..JOm tengok apa itu lunges..

Buat 15 kali kiri..15 kali kanan...Nak hasil cepat..Sambil buat,try angkat dumbell..

4thly,korang buat side kick...

Yup..Yang ni korang bukan saja boleh buat dengan cara stand..Time baring depan tv layan AF pn bboleh buat tau..Buat la sebelah kiri 15,kanan 15 kali...Tapi hari2 tambahkan la bilangan tu ya..Jangan statik jer..Nanti otot dah biasa dia tak respon dah..TAMBAH bilangan setiap hari..Challenge diri selama 3 bulan..You can do it!!Oh ya..hasilnya..Untuk inner tight,dan lower bumbum..hikss

Yup..Ini lah side kick tu..Tak mampu balance..Alaaaa..Senang..Pegang jer kerusi ke..untuk sokong badan korang..Lagi tinggi angkat kaki lagi bagus..Plus Boleh tigkatkan fleksibiliti gitu..



Lastly,korang buat calf rise...

Macam kita nak ambil barang yang tinggi..Kita injit sedikit kaki..Macam tu la..Buat 30kali setiap hari..Cantik tau bila betis terbentuk lagi2 kalau pakai skinny dan high heels..




So yeah..5 steps to reduce your legs size...And to shape your butt..Try it,and believe it..
Selamat mencuba semua...JANGAN MALAS2 TAU..Nanti aku share lagi..Bye!



Sunday, 29 June 2014

Ramadhan pertama

Assalamualaikum..

Salam ramadhan semua...mcm mana puasa pertama..good job bgi yg berjaya...hihihi

Lama blog tidak berupdate..busy sebenarnya..rutin dah berubah..Skrng hidup dah berdikari sedikit..=) (**malas sebenarnya..huhu)

Ok la..tahun ni puasa dah berubah 360°..,kalau tahun lepas mentua kite yg prepare juadah sahur..berbuka pulak turn aku tapi tahun ni aku yg kna buat sendiri..yup..sahur tadi awal2 dah bersilat di dapur..kena lagi encik mujahid request sup cakap ayam...sabo jer la..hahaha...yg penting sahur tadi dia jamah nas..si laki ni ssh telan nasi awal pagi..so yeah..

Cuma tu lah..aku bukan masak untuk suami saja..dah la 1st time prepare sahur..kna masakkan ipar skali..kena pulak dia x pandai makan cakar ayam tu..terkuis2 ja dia lauk tu..huhu..salah aku jugak x tnya pendapat semua org dulu..hihi..sori..next time x buatlagi..

Juadah berbuka tadi aku buat popiah goreng dgn milo ais.. Alhamdulillah kenyang jugak aku tengok laki aku tu..huhu..cuma tu la..masa masak tu..mood laki bini kelaut..hahaha..lapar punya pasal..

Ni skarang sementara update blog,tngah tunggu en.suami pulang dr masjid..Syukur..dah 3 malam imamkan terawih..=) proud of you syg..

Makan malam aku masak tofu tiram dgn ayam masak sos jer..hihi..yg simple2 jew..

Aku tengok bnyk yg bersahur ikan bilis goreng dgn bawang..mcm mau buat la esok..tapi laki request nasi goreng pulak..hahah..lawak kan..nasik goreng awal2 subuh..xpa..esok i sediakan kay syg..

Kita tengok rajin sampai puasa berapa agaknya masak mcm2 ni..hihi..mau beli makanan tin tapi nanti2 la..skrng masih smangat lagi..haha..

K..slamat berpuasa semua!





Sunday, 25 May 2014

Cubalah Mengerti(kenapa mesti diam)

Assalamualaikum......

Maaf sebab belum ada sambungan entry rindu nenda..

hari ni aku ingin meluah rasa hati yang paling dalam...Ntah..Cukup lama untuk aku fikir perlu atau tidak untuk aku ceritakan semuanya..Tapi Aku buat hanya untuk meluah dan sebagai pengajaran dan kenangan hidup aku selama ni.

Aku bersifat defendsive.Sangat.Itu yang orang selalu cakap.Kuat melawan.Tapi itulah.Orang tidak faham kenapa aku begitu.Orang tidak mahu tahu sebab aku meninggi suara andai aku di beri teguran.

Aku sudah penat diam sebenarnya.Diam buat aku di tampar semasa darjah satu.Diam buat aku di sebat pakai penyapu hanya pada usia 8 tahun,diam sehingga aku terpaksa habiskan nasi goreng sepinggan bukit hanya kerana aku lapar pulang dari sekolah dan meminta ihsan untuk di beri sesuap untuk makan tengahari.Air mata berlinang tiap kali teringat ini semua.Biar ku kisahkan satu persatu kenapa ditampar terajang semua.Sakit yang aku rasa tidak pernah di tanya oleh sesiapa melainkan hanya bila aku bersuara..Kenapa baru mahu beristighfar panjang bila silap itu mereka-mereka ini tidak pernah sedar?Mengapa salahkan aku keranaa lambat menerangkan satu persatu.Sedangkan mereka-mereka tidak pernah bertanya.

Satu.Semasa aku darjah 1.Aku tinggal dengan nenek.Nenek ,,aku tidak tahu sangat aktivitinya.Aku pulak masih kecil.Hanya tahu bermain dengan anak mengaji nenek.Anak mengaji nenek besar.Jauh lebih tua dari aku.Kami suka main masak-masak.Aku naif pada pemikiran aku.Sebab apa saja yang di arah oleh kakak-kakak mengaji aku ikut.Ambil telur di dapur.Pisau untuk main masak-masak.Aku turutkan.Aku tidak punya kawan.Kalau mereka pulang.Pada satu hari kami main dalam bilik makcik tuan rumah.(masa tu kami tinggal d bawah kolong rumah menyewa.makcik duduk tingkat atas).Aku dengar bunyi pelik semacam.Bila kami jenguk keluar mereka tengah tengok filem orang dewasa.Itu pertama kali dalam hidup aku melihat perkara itu.Aku trauma.Betul.Terkejut.Trauma itu buat aku masih ingat scene dari wayang di kaca televisyen itu.Dan kami tutup pintu.Dan tahu yang mereka sedar kami sudah dapat tahu tembelang mereka-mereka.(Yang menonton itu ialah tuan rumah dan orang yang aku kira **cukup rapat sama aku-di rahsiakan)Nenek pulak tiada di rumah serasa aku.Beberapa hari lepas itu,Aku mula main di kolong sahaja kerana tidak mahu lagi terlibat dengan aktiviti bodoh itu.(kakak mengaji juga larang).Kami main masak2.Dan aku tidak tahu macam mana mereka boleh ambil puntung rokok dan hisap puntung tersebut.Mereka suruh aku.Kata mereka hujung gabus rokok itu sedap.Ya..Agak manis.Tanpa sedar orang yang **rapat sama aku itu melihat.Dia rentap tangan aku.Suruh kakak2 pulang.Aku di tarik ke dapur tuan rumah.Nenek ada di situ.Aku di tuduh sudah pandai merokok.PAP!!Satu tamparan di pipiku.Tanpa ihsan.Tanpa di tanya sebabnya.Sakitnya aku.Mahu mngadu dengan siapa.mak bapak jauh di tawau.Aku nangis sembunyi bawah katil.Aku tahu si sial(rahsia) itu takut aku cakap pada nenek apa yang dia buat.Selama ni,bila nenek marah aku,dia yang bela aku.Nenek rotan,dia yang akan sambut pukulan itu lindiungi aku di belakangnya.Tapi tidak hari itu.Dia membiarkan aku nangis sendiri.

Oh ada kejadian.Ini masa aku tadika.Aku suka kesekolah bersama kawan-kawan.Kami sama2 rancang hendak naik ke bukit untuk mengambil kawan kami yang tinggal di situ.Masa kami keluar dari rumah kawan aku(fitri),seorang kawan lagi (zainab) telah jatuh dari tangga rumah.Patah tangan.Habis pulang sekolah,aku yang di tuduh jadi ketua kumpulan membawa mereka naik kesana sampai zainab cedera.Waht the...Tidak sedar kah aku paling kecil di situ?Aku juga seorang yang hanya mengikut.Akhirnya setelah nenek bagi aku makan kenyang2.Aku di rotan tanpa di tanya.dan apa yang mampu aku buat?Diam.nangis.sembunyi.Itu saja.

Pernah.Aku pulang dari sekolah.Abang sulung aku juga baru pulang.Aku lapar.Dia lapar.Nenek tiada.Aku mintak sedikit ihsan dari abang aku untuk bagi aku nasi goreng yang dia sedang goreng.Ntah di mana silap aku.Dia melenting.Di hulurnya semua nasi goreng itu(padahal cukup untuk kami berdua).lalu di paksa aku menghabiskan SEMUA.aku terkejut.mana mungkin boleh.Aku baru darjah dua.Dengan tangis aku paksakan juga habiskan.Sampai akhirnya aku muntah.Aku habiskan sebab takut dengan abang sulung aku.Aku pernah di hambat penyapu lidi sebab tidak habiskan nasi(masa tu cuti sekolah,aku di bawa pulang ke rumah mak).Aku tidak selera.Aku demam.Jadi aku tidak lalu makan.Yang hairan,abang aku bengang.Hambat aku penyapu lidi.Aku mampu nangis sahaja.Yang bela aku cuma arwah nenek belah bapak aku.Air mata nenek juga megalir lihat aku di buat begitu.Apalah daya aku.Dan aku tidak salahkan dia.Dia jugak masih muda.

Dua.Kisah paling sial dalam hidup aku.Orang yang masih aku rahsiakan di kisah satu tadi.Masa tu aku darjah 4.Nenek sekali lagi tiada di rumah.Hanya ada aku dan orang tu.(rahsia-ku panggilkan saja si tua).Aku tengah baring di dalam bilik.Bilik kedua(jelas kisah ini di mata aku).Semasa aku baring dia masuk kebilik.Tengok aku sendiri di situ.(Mak sudah tinggal di rumah nenek.Masa ini mak menjual di UMS).Masih awal tahun.Mula2 si tua itu hanya bertanya.Ntah apa di tanyakan.Lucu barangkali.Aku terkekek-kekek ketawa.Dia ketawa tangkap tangan aku.Buka kaki aku.Dan lurutkan kain pelikatnya.Nampak benda bodoh tu.DAMN!Aku tahu pasti sesuatu yang buruk akan terjadi.Aku melawan.Tendang sekuat hati.Aku lepas dan lari.Takut bukan kepalang.Satu badan aku gigil.Sampai sekarang semangat aku lemah.Mudah saja kalau terkejut atau takut,badan akan menggigil.Dan tangan aku smpai sekarang menggigil.Kesan takut aku ini.Sungguh..Aku tidak sedar aku lari ke mana selepas itu.Sial.Aku sedih sebab aku di tinggal seorang dengan dia.Abang2 dan adik ke sekolah).Bayangkan aku baru tengah berehat lepas pulang dari sekolah.Sampai hati si tua itu,itulah kalau sudah biasa melihat yang bukan2.Keluarga sendiri yang tidak mampu mahu di makannya.Aku tidak lagi membuka mulut.masih ku kunci rapat.DIAM.jangan bersuara.

Tiga.Tidak sampai beberapa hari selepas kejadian di atas.Aku di terajang pula.Si tua tengah melayan.Cerita hindustan.Depan tv.kali ini keluarga ada di rumah.Hujung minggu.panggung sabtu mungkin.Aku main dengan adik.Main dalam bilik.Kemudian bekejar di ruang tamu.Mungkin bising.Atau memang si tua takut aku ceritakan apa yang di buatnya beberapa hari yang lalu.Aku rasa seperti di bagi warning utnuk terus diam.Si tua berdiri.Ke arah ku.Dia marah.Muka bagai di sampuk.Dia kata aku bising.Adik aku yang sma2 bising tidak pula di tempiknya.Di pijak aku.Di tampar aku.Di terajang aku.Aku cuma tahu aku dalam pelukan sesorang untuk meminta perlindungan.Mungkin mak.Mungkin nenek.Nenek barangkali.Sakit bukan kepalang.Badan aku di pijak-pijak.Sampai dia berhenti dan pergi.Tiada yang tanya.Mungkin terkejut semua.Aku nangis lagi.DIAM.Jangan bersuara.nanti aku juga yang kena.

Allah...Tuhan saja yang tahu pahit aku.Memang aku masih kecil tapi aku sudah pernah hadapi semua ni.Ada orang kata di facebook.Aku menyusahkan hidup mereka.Bagus saja aku mati masa cuba bunuh diri.(cuma kelar tangan guna jarum).Dia itu yang berkata.Tidak tahu kisah hidup aku.Pahitnya hidup aku.Aku masih punya ilmu agama(walaupun senipis kulit bawang cuma).Aku tahu bunuh diri kita mati kafir.Tidak perlulah rasanya mendoakan orang untuk mati di muka buku.Andai selama ini aku tanggapan mu aku menyusahkan.Porak-perandakan.Bilang sama aku.Biar aku undur diri.

Jujur aku katakan.Andai aku ada khilaf.Aku tidak kisah.Pukul lah aku.Aku akan diam.Tapi andai bukan khilaf aku,sudah cukup aku berdiam.Aku terpaksa suarakan.Sejak merasa sakit di terajang.Bila saja aku rasa tertindas aku akan defend.Biarlah andai lepas itu aku di hukum.Sekurang-kurangnya sudahku terangkan(walaupun tidak  di ambil pusing).

Sedikit lega.Pasal si tua.Sudah kukabarkan kapada mak.Itu pun selepas 5 tahun berlalu.Bila mak tanya apa masalah aku sering melawan.Memberontak.Ntah.Penat diam agaknya.Si tua pun masa itu sudah pergi jauh ke kampung isterinya.Baru ku kisahkan.Kerana aku tahu selepas ku ceritakan,dia tidak ada untuk menerajang aku lagi.Aku cuma mohon andai aku meninggi suara.Bukan sebab aku saja-saja.Suara aku terlalu kecil untuk menerangkan sesuatu.Aku cuma mau orang mendengar.Jujur kalau salah,aku rela di pukul.Cuma tanyakan saja aku.Kenapa aku lakukan begitu.Dengar dulu penjelasan aku.Tapi itulah yang paling susah mungkin.

Dear readers..Aku bukan meminta simpati.ini diari aku.Diari pahit manis aku.Tidak perlu simpati sebab aku masih boleh hadapi semua ini.kalau boleh,aku tidak mahu anak-anak aku lalui apa yang aku lalui.Sesusah2 hidup pun biar aku besarkan mereka.Biar mereka membesar depan mata aku.Andai dewasa nanti mereka baca kisah ini,jadi pengajaran buat mereka.Itu sebab aku coret di sini.


...xoxo...