Ka-Ching

Thursday, 8 November 2012

Apa yang wanita lalui selepas bersalin..

Yup..Itulah tajuk entry aq hari ni..Bukan untuk menakut-nakutkan wanita yang ingin mempunyai cahaya mata..Tapi just memberi info agar those mum di luar sana prepare untuk hadapi situasi2 di bawah ni..

TIdak di nafikan bahawa selepas bersalin kita sebagai wanita akan hadapi sesuatu yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal...So,orang yang bertanggungjawab untuk memberi semangat buat ibu2 yang baru melahirkan adalah orang yang paling dekat dengan mereka..Oyh,YES...Encik yang bergelar husband...

1.Masa yang di peruntukkan untuk tidur terutamanya pada waktu malam sangat2 terhad,terutamanya bagi ibu yang menyusukan bayinya secara eksklusif..Baby selalunya akan terjaga every 2 hours bagi awal2 kelahiran,dan ia menjadi semakin kerap pada usia 3-6 bulan..Tapi after 6 month dah kurang la kot sebab baby dah start makan...

2.Perubahan dari segi penampilan..Ha..Yang ni aq pecahkan lagi pada beberapa pecahan pulak

--Rambut akan mula gugur selepas 100 hari bersalin..Huhu...Semasa mengandung,rambut sangat2 cantik,tapi lepas sahaja tempoh berpantang,rambut gugur tahap yang sangat2 menakutkan..So,rambut yang panjang tu,bolehla gunting bg pendek sedikit..Ia dapat mengurangkan rambut gugur dan mudah putus..

--Bentuk badan jugak berubah...Ada yang mengurus selepas bersalin..Tapi yang tu jarang..Yang bertambah chubby banyak..mcm aq..bhahahah..

--Perut dah kurang tegang..Melainkan korang pegi London Slim World lah kowt..Mmg agak susah untuk tegangkan balik walaupun dah buat push up juta2 kali...yalah tu,padahal sebulan ntah berapa kali jr...waaaa

--Muka agak bulat..Diikuti dengan bahu dan breast..Kalau ibu itu breastfeed agak sukar untuk turunkan bahagian bahu ..Sebabnya dia kena angkat beban air susu..Tapi sabar jer la,sebab pahala setitik susu yang di minum oleh baby sangat banyak ok..

--Yang ni x smua ibu ada..Stretch mark..Elakkan jer garu perut time preggy,or sapu losyen ke..Tapi dont worry ia akan pudar jugak..Cuma xkan hilang la kot..

--Kulit pada bahagian tertentu menjadi  gelap..Yang ni pun akan berkurangan jugak dari hari ke hari..Amalkan mandi lulur selepas bersalin..And pakai losyen badan jugak la...

--Pelupa..yang ni aku alami awal2 bersalin la..lepas tu beransur-ansur pulih..hehe...Aq x pasti pulak perempuan lain alami @ tidak


--Jerawat berkurangan..Yang ni best..Selepas bersalin,aq dapat rsa yang aq dah kurang di ganggu dengan masalah jerawat...Bestkan...

3.Dari segi kewangan..YA la,kan dah ada baby..Banyak jugak la kos perbelanjaan untuk baby new born ni..Tapi bagi yang bergaji ribu-riban tu xda hal la kowt..

4.Susah nak kuar rumah..Bagi yang kaki jalan tu mmg agak payah la untuk deal dengan masalah ni..Sebab awak kena bawak baby kmana jr anda pegi..melainkan korang bg susu dalam botol la...Tapi aq x sampai hati tinggalkan anak2 aq ok...hehhe.So,kadang2 sampai seminggu jugak aq boleh x kluar rumah langsung..nangis2 mintak husband bawak jalah..huhu

5.Selera makan bertambah.

6.Pakaian banyak xboleh pakai.

7.Husband semakin sayang..Tapi ada jugak sebaliknya..Itu dari cara how you treat your husband la..Sebab kadang2 busy pasal baby jer,Husband da x berapa peduli..So kna aware la..kadang2 kita x perasaan yg husband pun mahukan perhatian ok..

8.Dah berani dah cuci najis..bhahaha..ini normal ok...

9.Stress sekal-sekala..Terutamanya bila anak lebih daripada satu..

10.prepare bawak baby every month untuk check up and imunisasi..

Ada lagi kot..Cukup itu jer la ek..hehe,..tapikan bila kita tengok baby kita membesar,semua tu kita dapat lalui dengan tenang..Dari kita jer la nak handle masalah ni...Baby sangat2 cute ok...so,jangan takut untuk menjadi Ibu,Mummy,Mama,Mak or Ummi...

Be a happy parents ya'll...Bye

Mujahid's wife

No comments:

Post a Comment