Ka-Ching

Wednesday, 3 October 2012

Nasib si Handset baru..

Assalamualaikum...

Waaa...Dah lama x update blog..Kebakaran di kampung dah rosakkan cable TM..Baru tengari tadi ok..hehe

Cerita pendek jer ni k..

Pada suatu malam,ada seorang  suami menggunakan telefon bimbit isternya untuk bermain Bubble Shoot game tnpa pengetahuan si Isteri...

Setelah beberapa lama bermain,akhirnya mata si suami pun terasa berat akibat mengantuk dan bulu mata yang terlalu melentik..haha..Sedang isterinya sudah lama di ulit mimpi..

Setelah sang suami berhenti bermain game,dia meletakkan telefon bimbit sang isteri di rak sebelah katil mereka..

Pada mulanya sang suami inin mencapai kembali telefon bimbit tersebut untuk mengaktifkan alarm,tetapi akibat dek mata yag terlalu berat,sang suami membatalkan niatnya...

Akhirnya dia pun terlelap...

Pada keesokan hari,setelah si isteri bangun dan mengemas katil,si isteri lalu mencari telefon bimbitnya...Sedang suami duduk di sisinya dan menunjukkan kedudukan telefon bimbit si isteri..

Terkejut bukan kepalang sang isteri...Huwaaaaaa..Bila mendapati telefon bimbit yang belum sampai sebulan di pakai,telah di jadikan ibarat sekeping biskut...Terendam di dalam gelas yang separuh terisi...

Akhirnya si isteri bengang and telefon bimbit tersebut pun di hantar ke hospital dan sehingga kini tiada khabar berita....

P/s------Kisah ini adalah kisah benar dalam kehidupan Mujahid sekluarga..huhuh


Mujahid's Wifey...


No comments:

Post a Comment