Ka-Ching

Sunday, 1 July 2012

Perasaan Insan Bergelar IBU

Jam menunjukkan sudah masuk pun pukul 2 pagi..Uhmm..Aq massih belum dapat melelapkan mata lagi..Mula2 aq fikir mungkin sebab debaran untuk menunggu kehadiran insan baru dalam hidup keluarga kecilku..Ah..Bukan..Bukan itu yang aq rasa waktu ini..Aq cuba membuat sesuatu untuk menghiburkan hati dan membuat sesuatu yang mampu membuat ku rasa mengantuk..Aq pun mencuba bermain Game yang ada laptop..Hmm..Tidak berhasil..


Kemudian,aq menutup permainan tersebut..Baru aq sedar,sesuatu telah membuat aq merasa begitu.Aq pandang wajah seseorang di screen lappy..Ainul Mardhiyyah,wajahnya tersenyum sambil bermain buaian..Oh..Air mata aq pun mengalir di pipi..isk..Rupanya ini la yang membuat aq rasa gelisah malam ni..Aq terlalu rindukan puteriku..Masuk malam ni,dah 3 malam dia tidak tidur di sisiku..Aq jugak sudah 3 malam tidak menyusukannya..Rindunya aq pada Ain..Tidak pernah aq merasa rindu yang teramat sangat mcm mlm ni..Ntah la..Aq menaip papan kekunci ni sambil mengesat air mata..Sehari aq tidak mendengar suaranya..Mengapa siang tadi tidak tergerak langsung hatiku untuk menelefon dan mendengar suaranya..Ah..Silapnya aq..Aq cuma bertanya pada Abi samada dia jadi untuk membawa Ain berjumpa ku.Katanya hari rabu baru dia boleh datang..Lamanyaaa....Mungkin itu la yang membuatkan jiwa aq rasa x tenang..Tapi kenapa baru sekarang aq merasainya..?


Baby dalam tummy pun asyik 'menendang'..Semakin aq mengingati Ain di buatnya..Ya lah,Ain jugak pernah tinggal di tempat yang sama..Selama 9 bulan aq membawanya..Kemudian,setelah kelahirannya,2 tahun aq menyusuinya tanpa memberinya susu formula..Aq rindu saat itu..Saat Ain merengek meminta susu..Dah 3 hari aq x meyusuinya..Arghh..Rindunya aq..Saat dia menyusu,dia selalu pandang mata aq,dan tangannya yang comel suka merayau2 di muka ku,kadang2 dek kerana geram,aq gigit2 manja jarinya..Aq rindu saat itu..Air mata mengalir lagi...Tolonglah Ya Allah,aq terlalu rindu...Kemudian aq menatap pulak gambar yang di upload oleh Abi di facebooknya..Ain tengah bermain badminton..Seronoknya dia..""Ain..Mummy rindu....Ain Rindu tidak dengan mummy...??Abi..Bawaklah Ain balik sini..Biarlah mummy jaga..Mummy menyesal suruh abi bawak Ain pegi sana..Mummy x sanggup jauh2..Mummy rela jaga Ain walaupun mummy sarat menuggu hari,..Mummy lagi tidak mampu menanggung sarat rindu pada anak mummy..Abi tolonglah..Please...""

Kalau aq hubungi abi sekaarang pun,blelum tentu abi akan jawab telefon..And Ain mmg tengah tidur sekarang ni..Mmg xda peluang untuk aq dengar suara Ain sekarang..hmmm...Sedikit lega selepas memncoret dalam diary ini..Ya,esok aq akan hubungi Abi..Aq ingin Mendengar suara Ain..Ya Allah,bagilah aq berjumpa Ain malam ini..Walaupun cuma dalam mimpi..



Kini aq dapat merasai sebenar2 perasaan seorang ibu..Sungguhku tidak menyangka yang bertapa dalamnya kasih sorang ibu kepada anaknya..Aq sendiri sudah merasainya..Sakit menanggung rindu..Walaupun cuma berjauhan dalam seketika waktu...



Ps-- So,readers yang belum berkahwin and blum bergelar IBU,bila tiba masa korang di tempat aq nanti,korang jugak akan dapat merasai perasaan ni..PERASAAN INSAN BERGELAR IBU..



Mujahid's Wifey
--Maszwin--